Salam kepada semua. Sekadar ingin berkongsi satu klip video dari penyanyi sensasi British, Adele. Saya percaya ramai sudah mendengar 'single' ketiganya yang bejudul 'Someone Like You' dari album keduanya, yang berjudul '21'. Ada pula yang telah menonton klip videonya di malam Anugerah Brit 2011. Memang memukau dan penuh emosi. Ramai yang memberi pujian yang melangit tentang persembahaannya dan tak kurang juga yang memilih butang 'Dislike' tanda tidak best (kot).
Ketika menulis entri ini, saya sedang mendengar lagu yang sama sebanyak 4 kali (tak bosan langsung, percayalah...). Melodinya yang perlahan dan liriknya yang puitis dan bererti membuatkan saya amat meminati lagu tersebut. Tak percaya, sila klik di sini untuk menonton persembahan malam itu. Ini adalah pendapat terbuka saya tentang lagu ini. Saya bukan penggubah lagu mahupun pencipta lirik. Terpulang pada yang pakar untuk menilainya...Betul tak?. Harap terhibur dan jumpa lagi di lain lembaran.
*Petikan gambar persembahan Adele di malam Anugerah Brit 2011
P/S: Yuna dan Zee Avi juga mempunyai bakat yang serupa seperti Adele.....my 2 cents only!

No comments:
Post a Comment