Salam dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin berkongsi gambar ini yang saya terima melalui e-mail. Saya tidak pakar dalam menilai seni fotografi tetapi saya yakin bahawa gambar ini mungkin unik dan menarik. Manakan tidak, jurugambar bagi foto ini telah menerima anugerah Pulitzer pada tahun 1994. Jika anda mempunyai masa terluang, anda boleh membaca tentang jurufoto gambar ini. Bagi saya, gambar ini menginsafkan dan membuat saya sentiasa bersyukur atas rezeki yang Allah limpahkan...(bukan berceramah, just ingat mengingati)
Namanya jurufoto bagi gambar ini ialah Kevin Carter. Dia merupakan salah seorang anggota kelab yang diberi nama 'The Bang Bang Club'. Kelab ini dianggotai oleh 4 jurugambar yang berasal dari Afrika Selatan ketika pemerintahan Apartheid. Kevin mengambil gambar ini di Sudan. Selepas gambar ini disiarkan, ramai yang mengkritik tindakannya kerana tidak membantu budak tersebut. Akibat tertekan dengan kritikan yang di lontarkan, Kevin telah membunuh diri selepas beberapa bulan menerima anugerah Pulitzer. Untuk mengetahui secara lanjut, google lah sendiri atau cari di wikipedia.
Cerita tentang hidupnya telah difilemkan dan Taylor Kitsch bertanggungjawab membawa watak Kevin. Tajuk filemnya ialah The Bang Bang Club dan secara jujurnya, saya belum menontonnya lagi. Apa pendapat anda tentang gambar ini?
*Thanks Munira for the e-mail.
*Thanks Munira for the e-mail.
P/S: Al-Fatihah buat saudara Noramfaizul, jurugambar Bernama yang terbunuh ketika bertugas di Somalia. Semoga rohnya dicucuri Allah.

No comments:
Post a Comment