Saturday, September 17, 2011

Kembali Terjalin..


Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua. Tidak lewat kiranya saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan menghulurkan salam kemaafan zahir dan batin. Mungkin anda tertanya (jika ada) ke mana saya menghilang selama ini. Jawapannya mudah dan selalu digunakan, 'SIBUK'. Walaupun agak klise, penggunaannya semakin popular tak percaya, cuba tanya rakan lama anda, yang anda tidak hubungi selama seminggu. Saya pasti, dalam perbualan anda dengannya, perkataan 'sibuk', 'busy' dan 'per-occupied' akan kerap di keluarkan tanda kesal kerana tidak dapat berhubung dengan anda. Jika 'Ya', sila angkat tangan. Lumrah manusia katakan....

Selain sibuk, saya ada sebab kedua mengapa saya sudah lama tidak mengemaskini cerita-cerita dalam blog ini. Saya terlupa kata laluan untuk memasuki laman khas untuk pemilik blog (Dashboard). Dalam hal ini, saya salahkan diri saya. Usia bukannya faktor. Tapi, jika akses yang memerlukan kata laluan, bagi saya, kata laluan itu perlu dicatit (di tempat rahsia) supaya tidak lupa. Jangan tunjuk kepada orang lain pula. Alamatnya, anda sendiri kena fikir. Walaupun blog yang ditulis adalah untuk berkongsi cerita dan maklumat, pada hemat saya, cerita itu perlulah di sampai oleh pemilik cerita itu sendiri tanpa 'campur tangan' pihak ketiga. Betul tak?...Mesti ada yang mengangguk tanda setuju...

Cukuplah setakat ini dahulu. Insa-Allah, saya akan cuba yang terbaik mengemaskini cerita-cerita dalam blog ini sekerap mungkin.

No comments:

Post a Comment