Saya akui, lagu-lagu lama lewat zaman 60-80an memang sedap di dengar walaupun melodi dan iramanya tidak se'gempak' lagu sekarang. Kadang-kadang terfikir, mengapa lagu yang digubah pada zaman dulu-dulu boleh diingat sehingga kini. Mungkin, penggubah lagu ketika itu mendalami dan menjiwai lagu tersebut sebelum di berikan kepada penyanyi untuk di ekspresikan. Mungkin juga, lirik-lirik yang diuatarkan mudah dihafal, senang difahami dan 'cathcy' kot. Tabik spring kepada penggubah lagu terdahulu. Bukan senang nak 'create' lagu yang auranya still bertahan hingga kini. Saya ambil contoh klasik, seniman negara, P. Ramlee. Lagu beliau segar dan bolehdiguna pakai sehingga kini. Confirm tak jemu kalau mendengar berulangkali....(ye ke?)..kalau tak percaya, cuba dengar lagu madu 3. Hampir kesemua cerita sekarang yang membawa tema 'Kahwin Lebih Dari Satu' akan menggunakan lagu Madu 3 sebagai lagu latar....tak caya lagi?..lantak kaulah..
Apapun, saya berterima kasih kepada sesetengah stesen radio yang sering memutarkan lagu-lagu lama buat halwa telinga pendengar. Usaha murni pihak radio harus dipuji...yelah, kalau tak diputarkan lagu lama, masakan orang muda sekarang tahu lagu-lagu dari Singlap 5, Les Kafilah, dan ramai lagi (sekadar menamakan kugiran-kugiran yang popular zaman dulu)...Kalau usaha sebegini tidak di pandang serius, mungkin satu hari nanti, tidak mustahil anak kita lebih mengenali Amy Winehouse dari Siti Nurhaliza (Manalah tau....suatu hari nanti)...entah hidup entah tidak....
* Leka mendengar lagu Zaharah Agus (Isteri pertama Encik Jamil dalam madu 3, pada siapa yang tak kenal) yang bertajuk 'kalau mau tau'. Tapi sedikit keliru, ada sesetengah stesen radio memberi tajuk 'yang mana'. Mana satu yang betul? Mungkin phrase 'Yang Mana' disebut lebih banyak berbanding pharse 'Kalau Mau Tau'...Hanya Zaharah Agus dan Tuhan saja yang tau!!(btw, tau tu apa?)...
No comments:
Post a Comment