Wednesday, November 25, 2009

Kontroversi Tak Kenal Siapa

Rata-rata laman forum di internet bercerita tentang kontroversi yang di 'buat' oleh artis realiti, American Idol, Adam Lambert ketika membuat persembahan di malam penganugerah muzik Amerika (American Music Awards) pada malam Ahad lalu. Mungkin ada benar sesetengah komen yang dilontarkan di dalam laman twitter, si Adam Lambert agak keterlaluan ketika membuat persembahan. Unsur seks yang di tonjolkan agak 'melampau' walaupun budaya Amerika berfikiran terbuka. Ataupun mungkin lagu yang di 'alunkan' oleh Adam Lambert 'kena' dengan tarian 'ghairah' yang di 'aksi'kan. Lagu 'For Your Entertainment' adalah single terbarunya. Jika diamati lirik lagu tersebut, taklah banyak sangat cerita tentang bab-bab seks nie. Tapi, bersesuian dengan tajuk lagu, ia seolah-olah memberi 'entertainment' yang melampu batas. (Tak nak cerita panjang tentang persembahan dia....takut blog nie di cap PG nanti...gurau jer!!).
Jika anda membaca kenyataan balas Adam Lambert di e-online, ternyata dia berasa tidak puas hati kerana wujudnya 'double-standard' antara dia dan artis lain ketika membuat persembahan. Adam membuat perbandingan aksi Lady Gaga, Eminem dan Janet Jackson. Pada firasat saya, Adam juga kena ingat, yang dia telah membuat 'pendedahan eksklusif' tentang status dirinya sebagai seorang gay. Secara tidak langsung, impaknya terkena batang hidung sendiri...yelah sendiri buat sendiri tanggung. Rasaya, tiada isu 'seniority' atau 'double standard'....mungkin tepuk dada tanya selera. Sampaikan rancangan Good Morning America's terpaksa mem'buang' nama Adam saat-saat akhir gara-gara persembahan 'luar biasa'nya di AMA....apalah malang nasibnya...
* Ketawa bila mendengar beberapa pemanggil di radio bersimpati dengan Adam Lambert time microphone terjatuh ketika membuat persembahan. Ada yang kata dia 'miming' ketika persembahan dan ada pula yang membela nasibnya....pelik..pelik...

No comments:

Post a Comment