Saya amat meminati lagu Siti Nurhaliza yang berjudul 'Ketika Cinta' dari album terbarunya 'Tahajjud Cinta'. Lagunya agak mendayu dan sarat dengan makna yang tersirat. Saya diberitahu bahawa lagu ini telah di buat video clip. So apa lagi, saya pergi ke laman youtube dan search for the song. Video clipnya agak simple. Membaca komen yang ditulis, saya baru tahu yang penyanyi asal lagu ini adalah Opick (dan juga penggubah lagu itu). Dan satu lagi yang menarik, lagu ini adalah OST untuk filem Indonesia berjudul 'Perempuan Berkalung Sorban'. Tajuk filem ini tidak kedengaran di Malaysia (atau mungkin saya bukan penggemar filem Indonesia, barangkali!!). Apabila menonton sedutan gazet filem ini di youtube, saya dapat rasakan filem ini lain dari yang lain.
Filem ini dibintangi pelakon hebat seperti Revalina S. Temat (Bawang Putih Bawang Merah), Oka Antara (Ayat-ayat Cinta), Widyawati (Abad 21) dan ramai lagi. Mungkin di masa lapang, saya akan mencari DVD filem ini. Saya andaikan cerita filem ini agak sama dengan ayat-ayat cinta atau hebat dari itu. Apapun, cerita bergenre sebegini, kurang menyerlah di pasaran Malaysia. Mengapa yek? Tiada idea kot or tak bersesuaian dengan audiens di sini. Apa pun, lagu yang diselitkan dalam filem ini memang best buat halwa telinga dan memang tepat pilihan produksi filem itu mengambil Siti Nurhaliza....
* Mungkin pemilihan Siti untuk menyanyikan lagu ini 'kena' dengan imej beliau sekarang. Atau mungkin pengaruh beliau di sana tiada tolok bandingan....Mungkin satu hari nanti produksi filem Malaysia akan mengambil Kris Dayanti untuk menyanyikan OST filem Malaysia (Manalah Tahu...)
No comments:
Post a Comment