Saturday, November 14, 2009

Tahniah Buat Semua

Tahniah kepada yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Tak kira pelajar ke, ibu bapa mereka ke, adik beradik mereka ke ataupun pendorong mereka yang lain seperti guru-guru dan saudara mara. Apa pun, usaha anda berbaloi. Ada yang sanggup tidak keluar untuk bermain semata-mata ingin menumpukan seluruh perhatian kepada study dan ada pula yang melupaka seketika komik dan program TV hanya untuk memberikan yang terbaik dalam UPSR. Walaupun impaknya agak kecil berbanding SPM, saya percaya, 'satisfaction' drive the passion.
Ketika membaca suratkhabar dan mendengar berita berkaitan UPSR, saya agak terkejut sebab ada yang terlalu emosi menghadapi keputusan yang agak tidak memberangsagkan. Menangis dan menyendiri (kes berat ni!!). Ibu bapa pun seperti terkilan melihat anak mereka tidak mendapat keputusan yang dihajati. Namun di sudut hati, saya berfikir mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tidak cemerlang kali ini tidak bermakna selama-lamanya anda tidak bagus. Keep it up and focus for future. Saya pun tak pandai juga masa darjah 6. Hanya 3A sahaja. Fokus ketika itu hanya main, main dan main. Pada saya, UPSR hanya syarat kelayakan untuk ke sekolah berasrama penuh dan tak lebih pada itu.
Jangan bersedih dan berfikiran positif pada yang tidak cemerlang. Strive for the best masa PMR dan SPM. Umur masih muda untuk belajar.
* Teringat kes budak tak dapt 5A minum racun. So daring. Ingat Tuhan. Mesti ada rahmat disebalik itu. Hopefully tiada kes yang sama berulang kembali.

No comments:

Post a Comment