Saturday, April 10, 2010

Simpanan Generai Ke Generasi

Pernahkah anda mendengar produk AmAssurance bernama AmGen 3+? Ada yang pernah mendengar dan ada yang tidak. Mungkin produk ini sudah lama di pasaran tapi kurang publisiti. Al-maklumlah, orang jarang mencari produk simpanan suatu ketika dahulu. Jika anda ingin mencari satu produk simpanan yang memberikan pulangan sehingga umur anda mencecah 85 tahun dan 'payout' dibayar untuk 3 generasi (anda, anak anda dan cucu anda), produk ini memang sesuai dengan profil anda. Produk ini macam 'estate' yang boleh di warisi turun temurun. Produk ini diklasifikasi sebagai produk whole-life dan memang sesuai bagi mereka yang ingin mendapat perolehan yang konsisten. Apa yang ada pada AmGen 3+ dan apa yang best sangat pasal AmGen 3+ ni? Secara ringkas, konsep produk ini memang sama denga produk whole-life yang lain tapi di bezakan dengan ciri-ciri berikut:

a) Minimum simpanan ialah RM 3,500 setahun (Lebih kurang RM 292 sebulan).
b) Tempoh simpanan adalah 10 tahun atau 15 tahun sahaja (pendek bukan?)..
c) Pada tahun ke 10/15, anda di beri opsyen untuk mendapat perolehan secara bulanan atau mengumpul perolehan itu pada satu jangka yang anda sendiri tetapkan.
d) Perolehan tahunan yang anda bakal terima (jika mengambil opsyen perolehan secara bulanan) ialah 4% dari jumlah sum assurance + x% dari jumlah declared dividend (tax free ok!).
e) Anda akan menerima keseluruhan sum assured jika berlaku kematian atau cacat kekal. Jika anda ingin mendapat perlindungan untuk 36 penyakit kritikal, premium tambahan di perlukan di antara RM 250 - RM 300.

Mungkin ada yang membandingkan produk ini dengan produk yang lain. Tapi bagi saya, setiap produk ada ke unikkan tersendiri. Tepuk Dada, tanya selera...Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh tuliskan di ruangan komen di bawah.

No comments:

Post a Comment