Wednesday, March 24, 2010

Dah Lama Tak Buka....

Memang lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ini. Memang agak sibuk dengan kerja baru plus tengah buat joint venture dengan rakan-rakan lama mempromosikan pinjaman peribadi-i (meaning Islamic Personal Financing) koperasi dan kepada kakitangan kerajaan. Tak menang tanga di buat. Anyway, thanks kepada siapa yang menyinggah ke laman blog ini. Memang saya 'appreciate' sangat.

Untuk permulaan, saya ingin berkongsi beberapa e-mail yang saya dapat melalui inbox peribadi saya berkenaan dengan produk AmCash yang saya coretkan sebelum ini. Ada yang member pertanyaan, komen dan 'extra' informasi. Tak kurang juga yang mengutuk produk ini. Apapun yang saya terima, saya ingin menjelaskan di sini 'sharing is caring'...betul tak? Mesti ada antara anda semua tak berapa setuju kot....janganlah macam tu...merajuk yek...Anyway di sini ada beberapa informasi yang saya dapat dari rakan saya berkenaan dengan AmCash untuk siapa-siapa yang berminat sahaja....yang tak minat pun boleh baca tapi pastu rekomen kat orang lain tau...hehehe..So my friend writes (wah macam dalam forum pulak!!!)

a) Produk ini diklasifikasikan sebagai produk endowment (term dlm life insurans) so if tak jadi apa-apa kat anda, confirm anda akan mendapat balik duit tu.
b) Dana ini akan habis bila-bila masa sahaja so siapa cepat dia dapat.
c) Seperti produk insurans yang lain, produk ini juga boleh di tolak cukai (tax deductible) ..
Actually banyak lagi benefits produk ini....Siapa berminat, just e-mail kat saya or letakkan pertanyaan anda dalam kolum 'komen' o.k...Assalamualaikum....
P.S.: Ada yang memberi komen produk ini tak Islamik...Terus terang saya cakap, saya bukan ustaz dan pakar dalam menentukan halal atau haram. Mungkin kerana namanya insurans dan bukan takaful, ramai yang berpendapat sedemikian. Entahlah, tepuk dada tanya selera. Saya tidak mahu hidup dalam kefakiran ketika tua kelak bab Sabda Nabi, 'Hampir-hampir saja kefakiran akan menjadi kekufuran'...(di petik dari majalahalfurqon.com)..

No comments:

Post a Comment