Monday, November 9, 2009

World Record Untuk Mereka....

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini. Anda di food court, orang terlalu ramai. Kemudian anda nampak sekumpulan orang tua, telah habis makan dan berborak. Anda menjeling dan memberi isyarat bahawa meja itu bakal kosong tak lama lagi. Tapi, orang-orang tua tu masih di situ dan tidak mempedulikan 'hint' yang ada berikan. Kemudian, anda mendekati meja tu supaya orang-orang tua tu paham bahasa dan 'berambus' segera. Tapi, mereka (orang-orang tua) buat bodoh macam tak sekolah jer. So, apa perasaan anda? Geram, confirm punya...sakit hati, tahap mendidih..
Situasi di atas berlaku pada saya ketika 'lunch hour' tadi. Tempat makan yang selalu saya kunjungi baru di buka selepas sebulan di tutup untuk 'renovation'. Sampai di sana, orang terlalu ramai sampai meja makan penuh. So, terpaksalah menunggu orang yang dah selesai makan untuk mendapatkan meja makan. Kebetulan, di depan saya, ada beberapa orang pakcik yang 'gaya'nya dah habis makan. Mereka berborak sambil menghisap rokok. Saya dah beri isyarat pada kawan saya yang pakcik-pakcik tu dah habis makan. Setelah 10 minit menunggu, mereka tidak beredar walaupun saya dah menghampiri meja pakcik-pakcik tu. 15 minit menunggu, akhirnya ada lah hamba Allah ni bangun dan memberi meja kepada saya.
Actually, saya sakit hati masa menulis 'entry' ni...geramnya..Memang mereka bersikap pentingkan diri dan tak menhormati orang lain langsung. Mereka sepatutnya prihatin dengan orang sekeliling, ini tidak, berborak, bergelak macam mencari perhatian. Sedarlah sikit, awak tu dah senja...pergilah surau sembahyang (kan dah sentuh bab sembahyang pulak?). Malaslah nak ambil pusing benda macam ni. Buat sakit jiwa je...
* By the way, mereka bangun dari meja setelah kami selesai makan. Boleh masukkan nama mereka dalam World Record untuk kategori 'Orang tua duduk paling lama selepas makan tengahari tanpa ada rasa hormat kepada orang lain'. Catatan masa, lebih dari 1 jam. Confirm susah nak pecahkan rekod nie!!

No comments:

Post a Comment