Terperanjat dan mengucap panjang saya di buatnya. Cerita tentang seorang ibu yang bertindak 'ganas' pada anak tirinya (perempuan) yang berusia 4 tahun dan anak sendiri (lelaki) yang baru mencecah usia 9 bulan. Dahsyat! Selalunya anak tiri saja yang menjadi mangsa penderaan tapi sekarang dah berubah. Anak sendiri pun boleh kena. Membaca lanjut berita dari Harian Metro, ibu itu mendera anak tirinya sampai lebam dan bengkak bahagian lengan. Manakala, dia 'mencampak' anaknya sendiri kedalam kolam ikan berhampiran rumahnya sehingga hampir lemas (Nasib baik ayah dia sempat menyelamatkan anak lelakiyan). Hebat betul ibu 'durjana' ni.
Ngeri juga bila dengar kes-kes sebegini. Apabila diselidiki. umur ibu tersebut baru 21 tahun. Terlalu muda untuk menjadi seorang ibu yang baik (rasanyalah). Buka nak pukul rata, kebanyakkan kes yang melibatkan penderaan selalu dihubungkait dengan ibu muda. Saya ambil contoh perempuan yang 'claim' anaknya di dera oleh pengasuh sehingga meninggal dunia tapi sebenarnya di'kerja'kan oleh teman lelakinya sendiri, seorang warga asing. Usia perempuan 'tak tahu malu' itu dalam lingkungan 20-an. Tengok tu, kerana nak 'protect' boyfriend 'hitam', dah mati anak dia, kesian...apalah nasib dia kan..
Tapi, bukan semua ibu muda mempunyai perangai sebegini. Ada yang baik dan saya tak nafikan. Pada hemat saya, kesabaran penting dalam mendidik anak. Kalau silap sikit nak melenting dan sampai angkat tangan, itu dah macam terlebih ajar pulak. Entahlah, saya tak berkahwin lagi, tak pandai komen bab mendidik anak. So pada siapa yang ada anak tu, jagala elok-elok yek...
*Ayah kepada 2 budak malang ini telah membuat laporan polis dan bernekad untuk menceraikan ibu muda tersebut....malangnya nasib ibu muda itu.
No comments:
Post a Comment