Saturday, November 7, 2009

Kita Tengok Siapa Yang Kena!!!!

Rata-rata suratkhabar hari ini di ruangan sukan menceritakan tentang perlawanan bola sepak piala Malaysia yang akan berlangsung malam nanti di antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Banyak benda yang diceritakan dari pemain ke strategi, kebarangkalian menang dan kalah dan juga adegan-adegan yang bakal di tonjolkan oleh pemain 2 negeri tersebut. Saya bukanlah fanatik bola sepak tak kira dalam atau luar negara. Tapi kadang-kadang tu ikut juga perkembangan permainan 'kegilaan' ramai ini. Yelah, takut-takut ter'out of topic' ketika bersembang. So apa ramalan anda, Kelantan atau Negeri Sembilan yang bakal menujulang Piala Malaysia dan berapa yang dia orang 'kena'?.
Kali terakhir Negeri Sembilan dan Kelantan menjulang Piala Malaysia ialah pada tahun 1948 dan 1921 (ketika itu Piala Malaysia pertama kali diperkenalkan). Jangan lupa mengikuti perlawanan yang sengit ini malam nanti....Untuk kedua-dua pasukan, Good Luck, all the best. Menang atau kalah, adat permainan. Yang penting semangat sukan untuk 1 Malaysia (ada kene mengena ke?...).
* Dengar citer, kalau Negeri Sembilan menang, hari Isnin ini, diishytihar hari cuti untuk orang Negeri Sembilan...seronoknya!!!. Kalau anda bernasib baik, anda akan dapat mendengar lagu popular tentang seorang peminat yang menyukai pemain bola yang di dendangkan oleh Rahimah Rahim, Bintang Sukanku di corong-corong radio.....best juga lagu dia..
** Update dari kawan (penyokong kuat Kelantan). Kelantan kalah 3-1 kepada Negeri Sembilan. Jangan putus asa, cuba lagi tahun hadapan..

No comments:

Post a Comment