Baru-baru ni saya pergi ke kedai CD dan membeli album terbaru kumpulan Hujan berjudul 'Mencari Konklusi'. Album ini (kalau tak silaplah) adalah album ke-2 kumpulan itu (tak termasuk EP ketika time diarang indie dulu). Ada 7 lagu dan apa yang dapat saya rumuskan, memang best abis. Tak menyesal beli kalau anda peminat Hujan. Lagu-lagu dia macam ada rentak dan melodi 'sejibik' macam album pertama. Cover album dia macam ala-ala kumpulan 'Megadeath' jer (confuse sekejap)!!!
Tulah, masa time mencari album ni memang susah betul. Check nama Hujan kat database kedai tu memang ada. Tapi bila time mencari, orang kedai CD tu pun tak tahu. So, kenalah check satu-satu. Dekat 20 minit gak mencari....akhir nya ketemu jugak. Boleh je nak pergi kedai lain mencari album ni tapi, alang-alang dah sampai kedai tu, tak kisah lah spend lama-lama. Tapi saya notice satu benda yang agak common dikalangan kedai-kedai CD. Lagu-lagu CD melayu selalunya di letakkan dikawasan yang agak tersorok. For my case, dekat dengan store. Kenapa yek? Tak laku sangat ker CD lagu-lagu melayu nie?. Lagu melayu pun ada kualiti tersendiri tau...Apa-apa pun itu masing-masing punya cara..tak nak masuk campur...
By the way, lagu-lagu dalam album ini di 'produce' dan ditulis oleh Noh (Noh Phrofile Enterprise), vokalis kumpulan Hujan. Cayalah....Personally, lagu yang memang best tahap 'gaban' yang saya dan kawan baik saya suka adalah mencari konklusi dan Romantik (macam lagu aku scandal sikit). So belilah, jika anda mampu dan minat. Support produk Malaysia tak rugi..lagu dia pun O.k tau....
* Tahniah buat kugiran Hujan kerana dapat melayakkan diri dalam Juara Lagu 2009 dengan lagu Aku Scandal...Moga-moga, Hujan menang!!!
No comments:
Post a Comment