Kes curi lagi?...banyak betul kes-kes sebegini berlaku kat Malaysia. Terbaru, saya ada terbaca tentang kereta penyanyi Betty Benafe telah dicuri. Aduh, macamana tu. Susahlah kak Betty nak bergerak merata gara-gara kenderaan kesayangannya telah menjadi 'milik' orang lain. Sabarlah kak Betty. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Doakan apa yang patut kepada si pencuri tu. Dalam laman web Mstar Online (www.Mstar.com.my), Betty dikatakan telah mengunci keretanya sebelum 'check in' ke hotel. Sekembalinya dari 'check in', kereta Betty dah buat 'check out' dari kawasan hotel. Betty mengesyaki kecurian ini dilakukan oleh sendikit yang munkin bekerja di hotel (tempat Betty 'check-in').
If I'm in Betty's shoes, mahu meraung dibuatnya. Walaupun boleh 'claim' insurans, tapi itu tidak cukup...kenapa? Sentimental value. Susah beb. Jika anda dah pakai kereta lebih dari 3 tahun (kereta tak pernah meragam dan berkeadaan baik), kita mesti terasa 'attach' dengan kereta tu. Tanpa kereta, kita tidak boleh bergerak ke mana-mana (anggaplah bas, teksi dan LRT tak wujud). Kalau anda semua tak percaya.....ada aku kisah (meminjam tag line Azwan Ali).
Dalm berita yang sama, difahamkan, pihak Hotel tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan 'parking'. Pelik bin ajaib. Hotel mana tu yek? Setahu saya, kebanyakkan hotel di Malaysia telah meletakkan CCTV di tempat 'hot zone' (tempat kerap berlaku kejadian jenyah). Salah satu 'hot zone' adalah kawasan 'parking'. So siapa nak jawab ni...mengaku cepat, hotel mana tu.... Bagi hemat saya, walaupun 'optional' untuk meletakkn CCTV di kawasan 'parking', pihak hotel perlu sedar, yang kawasan itu sering berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini. Malas nak citer sebab terlalu banyak aktiviti jenayah berlaku kat kawasan 'parking'. So pihak hotel, ambil iktibar....
Hah tak reti-reti lagi ke pihak hotel.....pergi minta maaf pada kak Betty dan tolong cari kereta dia..
*Mungkin reputasi hotel tersebut akan terjejas, siapa yang kita nak blame...no comment!!!
No comments:
Post a Comment