Saturday, November 7, 2009

Gara-gara sakit hati....

Berita yang ditulis di dalam suratkhabar Kosmo! hari ini menarik perhatian saya. Cerita balas dendam seorang perempuan terhadap peragut telefon dan beg tangan (snatch theft). Perempuan, menaiki kenderaan Perodua telah melanggar seorang lelaki yang dipercayai meragut beg tangannya. Lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian. Kesian..(ala ala suara Pak Sudin dalam filem Tiga Abdul). Mungkin perempuan itu terlalu geram dan bertindak mengejar dan melanggar lelaki malng itu. Kalau cedera, boleh disiasat lanjut tapi apa kan daya, lelaki itu telah pergi buat selamanya. Secara kasarnya, tak sempat bertaubat (jika apa yang di 'claim'kan oleh perempuan tersebut adalah benar, meragut).

Secara jujurnya, saya boleh simpulkan yang perempuan itu berani tahap 'gaban' inginkan kembali barang yang dicuri lelaki tersebut (macam Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam, 'Pulangkan apa yang kau rampas. PULANGKANNNNN'...seram sejuk dibuatnya). Mungkin niat dia hanya ingin 'mencederakan' lelaki itu, tapi lain pula yang jadi. Menurut sumber, perempuan itu hanya melanggar motor lelaki itu lalu si lelaki itu terpelanting dan sejurus selepas itu, dia meninggal. So, siapa yang bersalah dalam hal ini. Mereka dan keluarga mereka (meminjam statement Filem melayu lama...dah lupa tajuk). Jika anda di tempat perempuan itu, apa yang anda nak buat? Telefon polis, too late, baling stering lock, too heavy, menjerit, too vocal, so senang citer, kejar sendiri....
Apa-apa pun, bagi sesetengah pihak, perbuatan sebegini 'a bit out of boundaries', tapi mengenangkan benda yang di curi itu adalah barang yang berharga, term 'out of boundaries' tu tidak boleh di terima sama sekali. Tak tahu apa nak cakap, tapi saya berharap keluarga lelaki itu banyak bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Untuk si perempuan, langkah 'lebih' berjaga-jaga perlu diambil. Jangan terlalu ikutkan emosi. Nanti orang lain pulak yang merana. Siapa yang malu? aku jugak.....

No comments:

Post a Comment