Wednesday, December 23, 2009

Janji Joni Tidak Ditepati!!

Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang berlaku baru sat tadi. Sebagai menghormati Bank kesayangan ramai ini, saya hanya memberi nama jolokan sebagai Bank A. Bank A nie memang popular bab bab loan kereta. So siapa boleh agak, anda dapat 10 markah tapi yang tak boleh jawab, takpe, saya tak marah:). Bukan nak cerita pasal produk tapi saya agak terkilan dengan servis yang diberikan. Mungkin bagi sesetengah pelanggan, perkara sebegini remeh dan tidak perlu dipanjangkan. Tapi, bukan bagi saya. Servis yang diberikan unik dan hanya sesetengah bank sahaja yang ada. So, Bank A kenalah pandai jaga hati pelanggan. Ini tidak...tiada ungkapan 'maaf' di berikan hanya men'cuih' bibir saja. Macam saya pula minta simpati...suwei betul..Ok, ceritanya bermula begini:
Saya punya road tax dan insurance tamat 22/12/09. So, sebelum JPJ tangkap, saya telah pergi ke Bank A cawangan K untuk memperbaharui kedua-duanya. Saya telah meminta izin majikan saya untuk 'keluar' awal. Al-maklumlah, kawasan ini agak jauh dan memang terkenal dengan 'jam' dan bandarnya yang berserabut. Sampai di sana, saya terus membuat pembayaran dan meminta pihak Bank A cawangan K untuk menghantar road tax ke Bank A cawangan Y. Pekerja di Bank A cawangan K kata boleh dan saya boleh kutip benda tu pagi 23/12/09. Saya tak kisah, asalkan, saya dapat road tax tersebut.
So pagi tadi saya pergi ke Bank A cawangan Y untuk mengutip road tax. Saya datang around 10 pagi. Selepas memberi resit permbayaran kepada pegawai bertugas, saya tunggu di kaunter. Tunggu, punya tunggu hampir 30 minit, pegawai itu memberitahu saya road tax tak sampai lagi mungkin petang. Cawangan K janji pagi tapi apa dah jadi!. Jangan tabur janji kalau tak confident...Ella pun ada cakap 'Mana Janjimu Yang Kau Lafazkan Dulu'...Dah buang masa saya...al-maklumlah, saya nie keluar curi-curi...apa pun Bank A cawangan K sepatutunya membuat 'panggilan hangit' kepada saya setelah menghantar road tax tu ke cawangan Y supaya saya dapat mengagak pukul berapa road tax tu akan sampai. Tidaklah saya tertunggu-tunggu cam b_r_q kat situ. Nasib baik ofis saya dekat dengan Bank A cawangan Y. Kalau jauh, siapa nak jawab....(confirm korang akan jawab mereka dan keluarga mereka...). Apapun, saya just nak cakap 'thanx' kepada pegawai yang melayan 'kemarahan' dan 'karenah' kekwat saya pagi tadi. Nasib baik dia pandai berdiplomasi, sejuk 'hati ayam' den nie (meminjam kata Kak Abby Fana)...
* Actually, perkara sebegini bukan one off bagi saya. Dulu Bank A janji nak telefon bila road tax dah siap dan hantar ke rumah...tapi habuk..saya jugalah yang terpaksa menapak ke Bank A untuk mengambilnya. Saya ada lagu tema khas buat bank A, lagu saduran dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza yang berjudul Janji...'Mengapa Kau Lupakan, Janji Yang Kau Berikan, Janji Yang Ku Harapkan...(sambunglah sendiri jika anda tahu)....' Sesuai sesangat....:)..Sebelum terlupa, saya baru dapat road tax saya pukul 4 tadi. Itupun, saya 'gamble' pergi. Dia orang janji nak call tapi.....faham-faham sendiri lah yek!

1 comment: