Showing posts with label AmCash. Show all posts
Showing posts with label AmCash. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

Dah Lama Tak Buka....

Memang lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ini. Memang agak sibuk dengan kerja baru plus tengah buat joint venture dengan rakan-rakan lama mempromosikan pinjaman peribadi-i (meaning Islamic Personal Financing) koperasi dan kepada kakitangan kerajaan. Tak menang tanga di buat. Anyway, thanks kepada siapa yang menyinggah ke laman blog ini. Memang saya 'appreciate' sangat.

Untuk permulaan, saya ingin berkongsi beberapa e-mail yang saya dapat melalui inbox peribadi saya berkenaan dengan produk AmCash yang saya coretkan sebelum ini. Ada yang member pertanyaan, komen dan 'extra' informasi. Tak kurang juga yang mengutuk produk ini. Apapun yang saya terima, saya ingin menjelaskan di sini 'sharing is caring'...betul tak? Mesti ada antara anda semua tak berapa setuju kot....janganlah macam tu...merajuk yek...Anyway di sini ada beberapa informasi yang saya dapat dari rakan saya berkenaan dengan AmCash untuk siapa-siapa yang berminat sahaja....yang tak minat pun boleh baca tapi pastu rekomen kat orang lain tau...hehehe..So my friend writes (wah macam dalam forum pulak!!!)

a) Produk ini diklasifikasikan sebagai produk endowment (term dlm life insurans) so if tak jadi apa-apa kat anda, confirm anda akan mendapat balik duit tu.
b) Dana ini akan habis bila-bila masa sahaja so siapa cepat dia dapat.
c) Seperti produk insurans yang lain, produk ini juga boleh di tolak cukai (tax deductible) ..
Actually banyak lagi benefits produk ini....Siapa berminat, just e-mail kat saya or letakkan pertanyaan anda dalam kolum 'komen' o.k...Assalamualaikum....
P.S.: Ada yang memberi komen produk ini tak Islamik...Terus terang saya cakap, saya bukan ustaz dan pakar dalam menentukan halal atau haram. Mungkin kerana namanya insurans dan bukan takaful, ramai yang berpendapat sedemikian. Entahlah, tepuk dada tanya selera. Saya tidak mahu hidup dalam kefakiran ketika tua kelak bab Sabda Nabi, 'Hampir-hampir saja kefakiran akan menjadi kekufuran'...(di petik dari majalahalfurqon.com)..

Sunday, January 31, 2010

AmCash....Berbaloi...


Pernahkah anda mendengar tentang AmCash Guarantee 21? So, sesiapa yang agak familiar dengan produk insurans, mereka tentu tahu tentang AmCash dari AmAssurance. Masa saya mengambil polisi ini pada 2007, saya agak ragu-ragu tentang plan yang di'present'kan oleh Agen insurans saya (cum kawan baik). Tapi, selepas di'convince'kan oleh dia, saya pun sign up for that (ceh cakap orang putih..pulak). Selepas tiga tahun, Alhamdulilah, saya telah mendapat pulangan selepas tahun ketiga...memang boleh dipercayai dan kerguan saya terus hilang...Saya bukan nak promote apa-apa disini, tapi, pada sesiapa yang ada duit lebih, why not cuba....berbaloi...Mesti anda tertanya, apa benda produk ini 'offer'....o.k..duduk, relaks dan baca selanjutnya...

Apa yang saya tahu dari Agen saya, produk ini adalah gabungan 3 manafaat iaitu (dalam Bahasa Melayu, perkataan 'iaitu' merupakan satu kesalahan tatabahasa yang agak ketara, so please jangan guna dalam karangan anda) Simpanan + Pelaburan + Perlindungan. Nak huraikan lebih lanjut, saya tak berapa nak pandai, tapi apa yang dapat saya rumuskan adalah:-
a) Produk ini bertempoh 21 tahun dan minimum premium produk ini ialah RM 1,200 (RM100 sebulan).
b) Setiap 3 tahun, anda akan menerima 'a portion of sum assured' berdasarkan fixed percentage yang ditetapkan AmAssurance (3 tahun pertama, 8% dan selebihnya 10%). Cukup berbaloi....saya dah menerima cek untuk 3 tahun pertama. I tell you, worth it!
c) Pada tahun ke 21, anda akan dapat Premium Terkumpul (21x RM 1,200) + 42% of sum assured + Cash Dividend + Terminal Dividend (kalau ada)...Banyak tu!! Plus, produk ini memberi perlindungan jika anda mengalami kecacatan, kematian dan 36 penyakit kritikal....

So macamana? Menarik kan...Jika anda telah memeliki produk ini, kongsikan pendapat anda tentang produk ini. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut, just let me know kat 'komen'..sure tak menyesal.

P.s. Tak tahu nak promote barang sebenarnya. Tapi, atas dasar dan niat menolong rakan baik saya dan juga ingin berkongsikan kebaikan bersama yang lain, so saya post kan testimonial saya sepert mana anda baca di atas. At least, sebelum anda pence,n anda sudah mempunyai satu dana yang agak besar selain KWSP.